Pulau Perhentian adalah salah satu destinasi percutian popular di Malaysia . Pulau Perhentian terkenal kerana kecantikan alam semulajadinya seperti pantai berpasir yang putih bersih , air laur yang jernih , laut disekitarnya yang kaya dengan coral menarik , berbagai jenis ikan dan hidupan di laut yang sangat cantik serta hutan nya yang tidak tercemar. Faktor tersebut menjadikan Pulau Perhentian lokasi idaman percutian sesiapa sahaja sama ada keluarga, kumpulan , berpasangan serta individu . Pelancong boleh mengunjungi pulau ini secara pakej percutian atau merancang percutian bajet disini .