PAKEJ-PAKEJ PERCUTIAN DI PULAU LANGKAWI

Langkawi, secara rasmi dikenali sebagai Langkawi, Jewel of Kedah, adalah sebuah daerah dan sebuah kepulauan 104 pulau di Laut Andaman, kira-kira 30 km dari pantai utama Malaysia barat laut.

 

Pulau Langkawi memang mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk di lawati dan ianya merupakan antara 10 pilihan pulau-pulau di Asia (rangking TripAdvisor Survey 2013).  Jika anda bercadang untuk bercuti di dalam negara bersama keluarga atau kawan-kawan, Pulau Langkawi boleh dijadikan pilihan.  Antara tempat menarik atau aktiviti yang anda boleh lakukan ialah; Langkawi Cable Car, underwater world langkawi, Island Hopping, Mangrove Eagle Feeding, Snorkling dan banyak lagi.

 

Pilihan Hotel & Pakej di Pulau Langkawi

Pakej Langkawi kami hanya menyediakan ( Hotel + Breakfast + Kereta ) sahaja. Anda tidak terikat dengan tour, anda boleh pandu sendiri untuk kemana sahaja menggunakan kereta yang kami sediakan mengikut kehendak anda.